Jom Beli di LAZADA

Jom Beli di LAZADA
Promo!!! Grab NOW !!!

Sponsor

Saturday, July 18, 2020

KKM Mohon Ibu Bapa Elak Beri Makan Sosej!




Di dalam kesibukan dengan kerja dan aktiviti seharian, ramai ibu bapa cenderung menyediakan makanan segera atau makanan terproses ( processed food) bagi santapan anak-anak kerana penyediaannya yang mudah, ringkas dan cepat.
 Salah satu yang menjadi “favourite” anak-anak adalah SOSEJ. Ada sesetengah ibu bapa menganggap bahawa sosej memberi kandungan nutrisi yang sama seperti daging atau ayam segar.

TIDAK SAMA SEKALI! SOSEJ BUKAN “DAGING” SEBENAR!
Tahukah? kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT.

Sunday, November 24, 2019

PUTRAJAYA: Penerbangan ujian yang dirancang 'Unmanned Aircraft System (UAS) E-Hang 216 (EH-216) di hangar Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), Subang esok (21 Nov), tidak dapat kebenaran, kata PIhak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). CAAM dalam satu kenyataan hari ini menyebut lokasi penerbangan ujian di UNIKL MIAT itu kurang daripada 200 meter daripada trafik penerbangan komersil dan helikopter dan jelas berada dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang, yang merupakan di bawah kawalan Pengawal Trafik Udara. EH216 hanya diberikan permit khas penerbangan (SFP) daripada 'State of Design' (Pihak Berkuasa Penerbangan China) yang terhad kepada menjalankan kajian dan pembangunan penerbangan di 'Grand World Science Park', Guangzhou.

CAAM juga kini menjalankan siasatan terhadap demonstrasi penerbangan melibatkan EH216 pada 15 Nov yang dilakukan di kawasan yang sama, dalam kawasan Lapangan Terbang Subang."Walaupun CAAM menyokong pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia, ujian dan demonstrasi penerbangan perlu dilakukan mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016, bagi memastikan keselamatan," katanya. CAAM berkata, mereka bersedia untuk mempertimbangkan permohonan penerbangan ujian EH216 di kawasan bersesuaian dan dengan sokongan daripada 'State of Design' pesawat tersebut.

Tuesday, April 10, 2018

Cili Carolina Reaper Paling Pedas di dunia

SIAPA yang makan cili dia yang rasa pedas. Ada antara kita yang rasa tak sah makan kalau tak ada cili. Cilinya pula bukan jenis biasa, kena cili yang pedas ‘tahap gaban’.

Ada yang sanggup mencabar diri makan mi segera pedas melampau, ada juga yang lebih ekstrem dengan menyertai  pertandingan makan cili.


Namun tubuh manusia ada hadnya. Terlebih had akan mengundang bahana. Seperti yang berlaku terhadap seorang lelaki di Amerika Syarikat.




Lelaki berusia 34 tahun itu mengalami sakit kepala yang teruk (thunderclap headaches) selepas makan cili Carolina Reaper dalam satu pertandingan.



Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu mula mengalami kepanasan selepas makan cili yang dikatakan paling pedas di dunia itu.
Ketika ujian imbasan dibuat, beberapa arteri di bahagian otaknya mengecut sementara mengakibatkan dia mengalami pening tahap teruk itu.

Selepas beberapa hari dia mengalami sakit leher dan pening secara sekejap-sekejap.
Selepas tidak mampu lagi menangung kesakitan dia mendapatkan rawatan kecemasan dan menjalani beberapa ujian neorologi.

Ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) mendapati dia mengalami Sindrom Pencerutan Cerebral Berbalik (RCVS) keadaan yang mana arteri mengalami pengecutan sementara mengakibatkan kepala mengalami kepeningan melampau.

Difahamkan ini kali pertama RCVS dikaitkan dengan pengambilan cili.
Imbasan CT lima minggu kemudian mengesahkan arteri lelaki berkenaan kembali kepada keadaan sediakala.

Mengikut catatan The Guinness World Record, Carolina Reaper adalah cili paling pedas di dunia dengan purata tahap kepedasan 1,569,300 Scoville berbanding 2,500 ke 5,000 bagi cili Jalapeno.


Tuesday, March 6, 2018

Papua New Guinea gempa bumi 18 maut



SYDNEY 7 Mac - Gempa tersebut berlaku sembilan hari selepas kira-kira 55 penduduk terkorban akibat gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala Richter melanda negara ini.

Sekurang-kurangnya 18 orang maut selepas satu gempa bumi berukuran 6.7 skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di Southern Highlands, Papua New Guinea, awal pagi ini.

Jurucakap wilayah Hela, William Bando berkata, kawasan Hides merupakan bahagian paling teruk terjejas akinat gempa tersebut.

“Kami belum menerima sebarang laporan di kawasan itu namun Hides merupakan kawasan perkampungan yang besar,” katanya.

Sunday, February 19, 2017

AxiDraw V3, Printer Canggih yang boleh Menulis setanding dengan Tulisan Tangan Manusia


AxiDraw ini merupakan mesin yang berfungsi untuk menggambar dan menulis. Namun, tulisan yang dihasilkan oleh AxiDraw V3 ini bukanlah tulisan seperti sebuah mesin printer biasa. Printer ini menggunakan pena pada bagian hujungnya untuk menulis serta melukis gambar. Jadi, printer ini berfungsi sebagai sebuah holder untuk pena.

Printer canggih yang dibuat oleh sebuah perusahaan bernama Evil Mad Scientist Laboratories, ini merupakan versi ketiga dari dua produk sebelumnya yang telah mereka hasilkan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...