Jom Beli di LAZADA

Jom Beli di LAZADA
Promo!!! Grab NOW !!!

Sponsor

Sunday, February 19, 2017

AxiDraw V3, Printer Canggih yang boleh Menulis setanding dengan Tulisan Tangan Manusia


AxiDraw ini merupakan mesin yang berfungsi untuk menggambar dan menulis. Namun, tulisan yang dihasilkan oleh AxiDraw V3 ini bukanlah tulisan seperti sebuah mesin printer biasa. Printer ini menggunakan pena pada bagian hujungnya untuk menulis serta melukis gambar. Jadi, printer ini berfungsi sebagai sebuah holder untuk pena.

Printer canggih yang dibuat oleh sebuah perusahaan bernama Evil Mad Scientist Laboratories, ini merupakan versi ketiga dari dua produk sebelumnya yang telah mereka hasilkan.


Thursday, February 9, 2017

Asas pengaturcaraan komputer


Menerusi ruangan ini, keratin kod atur cara ringkas serta tip pengaturcaraan oleh pakar teknologi maklumat (IT) tempatan akan dikongsikan secara percuma pada setiap minggu.Dalam minggu ini, kita akan mempelajari kaedah menggerakkan karekter kucing dalam laluan segi empat menggunakan Scratch.


Langkah 1: Layari laman web https://scratch. mit .edu dan klik Try It Out untuk bermula.

Antara muka Scratch terbahagi kepada tiga. Ruangan sebelah kanan merupakan editor, manakala ruangan tengah ialah code palette dan ruangan kiri ialah ruangan paparan hasil.Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pilih dan seret keratan arahan visual daripada palette di tengah ke editor di sebelah kanan. Untuk melihat hasilnya pada ruang paparan di sebelah kiri, anda cuma perlu klik bendera hijau di bahagian atas.


Langkah 2: Pilih dan seret jujukan arahan daripada palette ke editor sehingga jadi seperti rajah.Jika segalanya berjalan lancar, paparan Scratch anda akan kelihatan seperti rajah di atas.Jika anda telah bersedia, klik ikon bendera hijau untuk melihat hasilnya.Ikuti sambungan tutorial ini di dalam sisipan Mega Sains pada hari Selasa minggu hadapan, bagaimana untuk meringkaskan blok atur cara ini.Selamat mencuba!

Gunung Everest bakal dilengkapi WiFi percuma


9 Feb 2017. - Tidak mustahil Puncak tertinggi dunia, Gunung Everest dan kawasan sekitar Annapurna dekat sini akan dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan jalur lebar mudah alih (WiFi) percuma bermula bulan depan.

Pengerusi Pihak Berkuasa Telekomunikasi Nepal (NTA), Digambar Jha berkata, pemasangan perkhidmatan itu bertujuan memudahkan hubungan komunikasi antara para pendaki selain membantu kerja-kerja menyelamat jika berlaku sebarang bencana alam dan sebagainya di sana. Dunia tanpa sempadan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...