Jom Beli di LAZADA

Jom Beli di LAZADA
Promo!!! Grab NOW !!!

Sponsor

Tuesday, April 10, 2018

Cili Carolina Reaper Paling Pedas di dunia

SIAPA yang makan cili dia yang rasa pedas. Ada antara kita yang rasa tak sah makan kalau tak ada cili. Cilinya pula bukan jenis biasa, kena cili yang pedas ‘tahap gaban’.

Ada yang sanggup mencabar diri makan mi segera pedas melampau, ada juga yang lebih ekstrem dengan menyertai  pertandingan makan cili.


Namun tubuh manusia ada hadnya. Terlebih had akan mengundang bahana. Seperti yang berlaku terhadap seorang lelaki di Amerika Syarikat.




Lelaki berusia 34 tahun itu mengalami sakit kepala yang teruk (thunderclap headaches) selepas makan cili Carolina Reaper dalam satu pertandingan.



Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu mula mengalami kepanasan selepas makan cili yang dikatakan paling pedas di dunia itu.
Ketika ujian imbasan dibuat, beberapa arteri di bahagian otaknya mengecut sementara mengakibatkan dia mengalami pening tahap teruk itu.

Selepas beberapa hari dia mengalami sakit leher dan pening secara sekejap-sekejap.
Selepas tidak mampu lagi menangung kesakitan dia mendapatkan rawatan kecemasan dan menjalani beberapa ujian neorologi.

Ujian imbasan tomografi berkomputer (CT) mendapati dia mengalami Sindrom Pencerutan Cerebral Berbalik (RCVS) keadaan yang mana arteri mengalami pengecutan sementara mengakibatkan kepala mengalami kepeningan melampau.

Difahamkan ini kali pertama RCVS dikaitkan dengan pengambilan cili.
Imbasan CT lima minggu kemudian mengesahkan arteri lelaki berkenaan kembali kepada keadaan sediakala.

Mengikut catatan The Guinness World Record, Carolina Reaper adalah cili paling pedas di dunia dengan purata tahap kepedasan 1,569,300 Scoville berbanding 2,500 ke 5,000 bagi cili Jalapeno.


Tuesday, March 6, 2018

Papua New Guinea gempa bumi 18 maut



SYDNEY 7 Mac - Gempa tersebut berlaku sembilan hari selepas kira-kira 55 penduduk terkorban akibat gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala Richter melanda negara ini.

Sekurang-kurangnya 18 orang maut selepas satu gempa bumi berukuran 6.7 skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di Southern Highlands, Papua New Guinea, awal pagi ini.

Jurucakap wilayah Hela, William Bando berkata, kawasan Hides merupakan bahagian paling teruk terjejas akinat gempa tersebut.

“Kami belum menerima sebarang laporan di kawasan itu namun Hides merupakan kawasan perkampungan yang besar,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...