Jom Beli di LAZADA

Jom Beli di LAZADA
Promo!!! Grab NOW !!!

Sponsor

Thursday, February 9, 2017

Asas pengaturcaraan komputer


Menerusi ruangan ini, keratin kod atur cara ringkas serta tip pengaturcaraan oleh pakar teknologi maklumat (IT) tempatan akan dikongsikan secara percuma pada setiap minggu.Dalam minggu ini, kita akan mempelajari kaedah menggerakkan karekter kucing dalam laluan segi empat menggunakan Scratch.


Langkah 1: Layari laman web https://scratch. mit .edu dan klik Try It Out untuk bermula.

Antara muka Scratch terbahagi kepada tiga. Ruangan sebelah kanan merupakan editor, manakala ruangan tengah ialah code palette dan ruangan kiri ialah ruangan paparan hasil.Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pilih dan seret keratan arahan visual daripada palette di tengah ke editor di sebelah kanan. Untuk melihat hasilnya pada ruang paparan di sebelah kiri, anda cuma perlu klik bendera hijau di bahagian atas.


Langkah 2: Pilih dan seret jujukan arahan daripada palette ke editor sehingga jadi seperti rajah.Jika segalanya berjalan lancar, paparan Scratch anda akan kelihatan seperti rajah di atas.Jika anda telah bersedia, klik ikon bendera hijau untuk melihat hasilnya.Ikuti sambungan tutorial ini di dalam sisipan Mega Sains pada hari Selasa minggu hadapan, bagaimana untuk meringkaskan blok atur cara ini.Selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...